Friday, July 10, 2009

Natrah - masih ingatkah kita?


1. Hari ini akhbar menyiarkan kematian Natrah (Maria Hertogh atau Bertha Hertogh). Kisahnya telah mencatat sejarah hitam kepada umat Islam. Sama ada dari sisi agama atau perundangan.


2. Kesnya walaupun telah berjaya di menangi oleh ibu angkatnya, namun usaha terus dijalankan agar Natrah mampu dirampas keislamnya.

3. Hasilnya mereka menang dengan menyadur dan menggunakan undang-undang Belanda. Alasannya 'kukuhya' berkenaan dengan usianya yang masih dibawah umur.

4. Pelik mengapa undang-undang Belanda boleh diguna pakai di Singapura?

6. Perkara awal yang dilakukan oleh familinya bila berjaya ialah mengajar bahasa ibunda mereka dibawah seliaan 'pegawai agama' dari gereja. 

5. Akhirnya jadi lah apa yang terjadi. 

6. Hari ini ramai yang bermudah-mudah dengan harga sebuah hidayah. Sentimen sudah hilang, sensitiviti makin kurang.

Baca lagi dari sumber wiki di sini.

Teruskan pembacaan ...

Thursday, July 9, 2009

Meaningless

Pagi tadi ada someone menegur saya sebab lama blog ini tidak terupdate. Ada beberapa topik yang berlegar-legar di benak fikiran saya, tapi mood menulis mandul seketika.


Update yang paling mudah ialah dengan cara ini.

Jangan marah !

Hanya 2 keping.


Teruskan pembacaan ...

Tuesday, June 30, 2009

Himpunan Raksasa Pemuda Pakatan

Teruskan pembacaan ...

Monday, June 29, 2009

Patah Tumbuh Hilangnya Sukar Diganti : Syeikh Husein Siraj

Oleh : abuFateh 

Baba Mat Sedawa rahimahullah (kiri) dan Baba Sin Surat rahimahullah (kanan). Kredit untuk bishrulhafi.blogspot.com

Daripada Abdullah b. Amr b. ‘As r.huma katanya:Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu dari manusia dengan cara menarik ilmu daripada manusia(yakni tidak memadamkan ilmu di dada para ulama),tetapi Allah mengangkat ilmu dengan mematikan para ulama sehingga tidak tinggal lagi orang ‘alim,(lalu) manusia akan mengambil orang yang jahil sebagai pemimpin,lalu mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa ilmu,maka(hal itu menyebabkan)mereka tersesat dan menyesatkan manusia.(Muttafaqun ‘Alaih).

Beberapa hari lepas saya terbaca mengenai kematian seorang ulama besar Melayu berketurunan Pattani di Mekah, Tuan Guru Baba Mat Sedawa. Tetapi saya lebih teruja bila bertandang ke blog http://fadhlibrahim.blogspot.com/ dan menjumpai link yang turut memaklumkan kematian seorang lagi ulama di sana iaitu Syeikh Husein Siraj. Saya sedikit terlewat mendapat perkhabaran sedih ini.

Syeikh Husein Siraj merupakan seorang ulama yang telah lama berkhidmat menjadi khadam ilmu di bukit Ajyad Makkahtul Mukkaramah. Beliau seorang yang alim, warak dan mesra melayani tetamu.

Pertemuan saya yang pertama dan terakhir dengan beliau ialah samasa musim haji tahun 2004. Ketika itu saya dan sahabat-sahabat bertandang ke kediamnnya di sana. 

Jelas nasihat yang diberikan kepada kami seorang demi seorang menampakkan karamah beliau. Saya dan sahabat-sahabat yang ada pada ketika itu daripada aliran pengajian yang pelbagai, namun nasihat beliau kepada kami seolah-olah menampakkan apa yang tersirat di sebalik perasaan masing-masing.

Syeikh Husein antara ulama' yang banyak memberi kesan kepada saya. Kebanyakkan sanad-sanad kitab hadis yang ada pastinya akan melalui beliau. Walaupun tidak berguru dengan beliau secara rasmi, al-Fadhil Ustaz Aziz Che Man antara anak muridnya yang banyak saya terima ilmu dan nasihat.

Telah ramai ulama'-ulama' agong meninggalkan kita. Bermula dengan tokoh besar gerakkan Islam Ustaz Fathi Yakan, diikuti dengan Syeikh Husin Siraj dan Baba Mat Sedawa, entah siapa lagi yang akan dijemut Allah. Ini cerita tahun 2009.

Teringat saya diakhir tahun 1900-an, ramai ulama' yang dijemput mengadap Allah Ta'ala. Antara meraka ialah Syikh Syarawi, Syeikh Muhammad al-Ghazali, Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Bani dan banyak lagi. 

Begitulah hilangnya ilmu agama sedikit demi sedikit dengan kematian para ulama'. Ditambah lagi dengan kemalasan kita untuk berusaha mewarisi pusaka ilmu daripada mereka. Ramai yang menyesal bila mendengar berita kematian ulama' lantara ntidak sempat mengambil manfaat ilmu dairpada mereka. Ironinya ketika mereka berada disekeliling kita jarang sekali kita meringakan tulang mengadap meminta nasihat dan menadah ilmu.

Hilang mereka memang sukar diganti…

Al-Fatihah untuk para ulama' amillin yang telah meninggalkan kita…


Biodata Syeikh Husein Siraj

http://allangkati.blogspot.com/2009/06/syeikh-husein-siraj-menghadap-allah-swt.html

Syeikh Husein Siraj menghadap Allah SWT 
Syeikh Husein Siraj ulama Fathani meniggal di Makkah
( 1926 - 2009 )

Nama lengkap beliau adalah al-Allaamah al-Musnid al-Faqih asy-Syeikh al-Mu`ammar Husein Bin Ahmad Bin Abdul Qadir Bin Ismail Bin Syamsuddin Siraji asy-Syafi`i al-Fathani al-Makki, keturunan beliau berasal dari Negeri Arab.

Beliau di lahirkan di Suratani sebuah kampung yang terletak negeri Fathani bahagian selatan thailand pada tahun 1926 Mesehi, belajar ilmu agama dikampung halamannya kemudian berangkat berhijrah ke tanah suci Makkah, kemudian menetap di Makkah hinggah akhir wafatnya.

Beliau memiliki sifat tawadhuk, rendah diri, wara`, dan sangat memegang norma-norma agama Islam, beliau selalu melaksanakan haji dari mulai sampainya ke kota Makkah hingga tahun 2007 M, tetapi setelah musim haji tahun 2007 beliau mengalami sakit tua, sehingga hanya terletak dikasur dirumah anaknya didaerah Aziziyah Makkah.

Ketika Beliau masih muda sempat belajar dengan Syeikh Sayyid Alawi Bin `Abbas al-Maliki, Syeikh Mansur al-Jawi, Syeikh Muhammad Ahiid Bin Idris al-Bogori al-indonesi, Syeikh Abdullah Bin sa`id al-Lahji al-Yamani, keseluruh ulama tersebut telah memberikan ijazah kepada Syeikh Husein Siraj, setelah Syeikh Sayyid Alawi Bin `Abbas meninggal dunia, beliau masih tetap mengikuti pengajian di rumah al-Malikiyyah yang diteruskan oleh anaknya Syeikh Sayyid Muhammad Bin `Alawi Bin `Abbas al-Maliki dan Syeikh Sayyid Muhammad juga memberikan ijazah kepadanya.

Penulis ( Muhammad Husni Ginting ) sering berjumpa dengan beliau ketika musim haji 2005, karena ketika itu rumah penginapan penulis berhampiran dengan rumahnya di Bukit Ajyad, beliau telah memberikan ijazah khusus dan umum kepada penulis pada tarikh 4 Dzul Hijjah tahun 1425 Hijriyah, dan penulis mendengarkan Hadits Musalsal Bin Awaliyah secara sebenarnya menurut syarat-syarat yang ada, kemudian mendapat ijazah yang kedua kalinya pada tarikh 19 Rajab 1428 Hijriyah, ketika itu penulis telah melaksanakan manasik Umrah.

Walaupun beliau sudah tua tetapi tetap saja masih memberikan pengajian dan pengajaran di sebuah mesjid kecil diatas bukit Ajyad, beliau mengajar Syarah Ibnu `Aqil, Syarah Muhadzdzab Li an-Nawawi, dan lain-lainnya, pelajar-pelajar Malaysia dan Fathani sangat bersemangat mengikuti pengajian beliau, bila penulis berada di Ajyad, maka penulis akan menyempatkan diri untuk menghadiri pengajiannya.

Setelah musim haji tahun 1428 beliau jatuh sakit sehingga menghembuskan nafas terakhir pada hari Jum`at 11 Jumadil Akhir tahun 1430 Hijriyah bertepatan pada tarikh 5 Juni 2009 Masehi, semoga Allah mencurahkan rahmatnya kepada Syeikh Husein Siraj.

Teruskan pembacaan ...

Thursday, June 25, 2009

Islamphobia : takut dan menakutkan

Oleh : abufateh

1. Ini bukan isu baru, ianya cerita berulang-ulang. Sekejap timbul, reda seketika dan muncul kembali.

2. Jahatnya kerajaan Perancis dalam diskriminasi pemakaian umat Islam di sana tak berkesudahan. Isu hijab, berkali-kali ditimbulkan. Bukan sekali dua, selepas reda setahun dua kemudiannya diungkit kembali. Tapi kali ini burqa pula yang menjadi subjek.

3. International Crisis Group (ICG) pula nampak sangat sentimen anti Islamya dengan menuduh sekolah pondok di Pattani sebagai markaz merekrut pengganas. Mungkin mereka tidak pernah mendengar cerita ulama'-ulama' dan penduduk muslim yang sering hilang tanpa kabar berita. Salah satu punca ketakutan pelajar-pelajar aliran agama dari sana teragak-agak untuk pulang ke tanah air.  

4. Halnya sama dengan jurnalis Reader Digest yang pernah menulis berkenaan pondok-pondok di Afganistan yang menjadi pusat melahirkan pengganas selepas pasca 11 September.

5. Tapi kalau dikaji-kaji pengganas tidak kira daripada agama mana pun ramai yang lepasan universiti. Termasuk perasuah, penipu dan perampas kerajaan yang sah. Mereka tidak pernah duduk bersila sejam menadah telinga daripada tok-tok guru pondok.

6. Sedangkan sampai ke hari ini tidak ada satu proses kehakiman yang jelas dan telus dalam setiap tuduhan mereka kepada umat Islam yang dikatakan mengganas. 11 September hanya tinggal tuduhan dan Iraq menjadi ladang sembelihan umat Islam hanya kerana sebuah tuduhan.

7. Oriana Fallaci, seorang penulis Itali menyamakan umat Islam seperti binatang. Mungkin dia lupa kekejaman Nazi dan tidak pernah ke Gaza melihat sendiri sopan santun Israil kepada umat Palestin dalam kurungan. Maka ramai lah yang yahudi-yahudi memuji Fallaci.

8. Mungkin ketakutan mereka kepada kebangkitan Islam satu punca mereka takut dan cuba untuk menakutkan orang lain. Tapi cahaya Allah terang lagi bersuluh, tiada siapa yang berhak menyekatnya.

9. Di Perancis sekiranya tidak disekat, Islam bakal mendominasi negara terbabit, lantaran kedudukan sebagai agama ke dua terbesar. Boleh jadi ini puncanya ahli Parlimen di sana membangkitkan isu burqa, sedang isu sosial dan gawatnya ekonomi dunia lebih aula untuk mereka bincangkan.

10. Entahlah, mungkin hijab dan burqa menganggu kucup cium manusia-manusia bogel di Eifel Tower. Atau ada yang tersirat di sebalik tersurat.

11. Di Pattani pembersihan umat Islam seolah-oleh dilakukan dengan cara halal. Berita di Malaysia hanya menyiarkan maklumat sehala, mungkin semat-mata untuk menjaga hubungan antara negara, atau sememangnya jahil dengan keadaan sebenar. 

12. Tugas kita bukan setakat marah. Penyebaran Islam perlu kepada usaha tenaga, fikiran dan idea. Menyampaikan dakwah dengan lisan menerusi dialog antara agama atau siri penerangan adalah cara terbaik selain memperbanyakkan penulisan yang mampu dieksess oleh semua lapisan masyarakat. 

Teruskan pembacaan ...

We Are Not Oppressed: Burka Women

By Hadi Yahmid, IOL Correspondent (Islamonline.net)

PARIS — Every time she opens the newspaper now, Françoise, 29, is struck by photos of a burka-wearing woman accompanied by big, glib headlines describing the outfit as a sign of women oppression in Islam.

"There is nothing oppressive about the burka," the French woman, who changed her name to Khadija after embracing Islam six years ago and dons a burka, told IslamOnline.net.

Burka has been making headlines since Communist MP Andre Gerin proposed a parliamentary probe into what he describes as the rising number of Muslims who wear the loose outfit that covers the body from head to toe.

The National Assembly decided on Tuesday, June 23, to set up the inquiry that may set the stage for a law banning the burka.

This came a day after President Nicolas Sarkozy told the parliament that burka was unwelcome in France, describing it as a sign of "subjugation and submission" of women.

"We have made a free and educated choice to wear the burka," insists Françoise, sitting in her living room in Paris’s Saint Denis suburb along with a group of burka-wearing women.

"Three were no pressures, no oppressive families and oppressive husbands behind our decisions."

Muslim women say they only started to feel imprisoned after politicians and the media created this fuss.

"I never go out of my home now unless for emergencies," notes Mahrezyia, one of the group.

"It’s not that easy to have people with suspicious looks following you every where."

Scapegoats

The burka-wearing women insist they have the right to choose how to dress up, just like everybody else in France.

"We should not be discussing whether burka is obligatory or not. The core issue is that we have the right to wear it anyway," maintains Françoise.

While Hijab is an obligatory code of dress for Muslim women, the majority of Muslim scholars agree that a woman is not obliged to wear the face veil or the burka.

Scholars believe it is up to women to decide whether to take on the veil or burka.

Muslim community leaders say that burka remains a rare exception among France's sizable seven million Muslims.

There are no figures on the number of women who wear the full-body covering in France -- and whether it is on the rise.

Françoise, who estimates that only tens of women in France don burka, questions the timing of the new controversy.

"Seems that the government had nothing to do amidst the ongoing economic and social crises but to direct attention towards us," she joked.

Many believe Sarkozy summoned up the burka issue to camouflage his plans to reform France’s ossified social, education and tax system.

Muslim community leaders have criticized lawmakers for wasting their time focusing on a fringe phenomenon at a time France is facing major economic and social challenges.

Françoise and her friends say the official campaign on burka should not be a surprise, since it is the same government that banned hijab in state schools in 2004.

"Now it’s our time," she fumes.

"We are the scapegoats for France’s troubles," agrees her friend Mahrezyia.
Teruskan pembacaan ...

Wednesday, June 24, 2009

Ahlan Ya Rejab : Rivisited

Oleh : Abufateh

Kita sekarang di awal bulan Rejab. Salah satu daripada empat bulan haram di sisi Allah Ta’ala. Rejab pastinya mengingatkan kita kepada beberapa perkara dan peristiwa penting dalam sejarah umat Islam.

1. Perihal bulan haram.
2. Coretan cerita tahun kesedihan
3. Peristiwa Isra’ dan Mikraj
4. Pensyariatan solat
5. Sejarah Baitul Maqdis serta kesedihannya.

Saya rasa lima perkara ini antara yang sering kita diingatkan bila tibanya bulan ini. Sama ada dalam bentuk bahan bacaan, forum maupun ceramah isra’ mikraj.

Cerita ini perlu kepada itqan kita dalam memahami untuk diterjemahkan ke dalam dunia realiti seorang mukmin. Kaku dalam adaptasi sirah sejarah Rasulullah saw dalam diri dan masyarakat salah satu punca nilai keindahan Islam gagal dirasai.

Masih ramai yang membaca dan mendengar sirah tidak lebih daripada sebuah cerita.

Entri kali ini tidak lebih daripada himpunan tajuk. Saya tidak berhajat untuk menulis panjang kali ini. Oleh itu saya sarankan kepada teman-teman untuk menekuni lima elemen di atas sebagai homework kita bersama. Untuk mencoretkanya satu persatu akan menghasilkan karangan yang cukup panjang. InsyaAllah sekiranya ada kemampuan saya coretkan biarpun sedikit.

Pastinya buku sirah menjadi tempat utama rujukan. Carilah sinopsisnya peristiwa sedih kematian saidatina Khadijah dan Abu Talib juga sengsara nabi saw dalam kembara dakwah ke Taif pada tahun ke-10 kerasulan baginda saw. Perincian perjalanan dari masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang menghimpunkan seribu satu pengajaran seterusnya mikraj nabi saw ke Sidratul Muntaha boleh di dapati daripada kitab-kitab habis muktabar.

Rahsia bulan Rejab seandainya ditekuni mampu memberikan kesegaran baru untuk iman kita. Saya ajak diri dan semua untuk lebih khusyuk dalam solat sempena bulan sembahyang ini.

Teruskan pembacaan ...

Tuesday, June 23, 2009

Bersemi Ukhuwah Dipupuk Kasih

http://tuanibrahim.blogspot.com/



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.

Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.
Teruskan pembacaan ...

Saturday, June 20, 2009

Iktibar Perang Jamal-Jernihkan sebuah kekeruhan.

Oleh : Abufateh

Seawal pemerintahan Saidina Ali KAW, suasana tegang berlaku di antara beberapa kelompok sahabat. 

Saidina Zubair ra, Saidina Talhah ra dan Saidatina Aisyah ra berterusan mendesak Saidina Ali KAW agar menyegerakan qisas kepada pembunuh khalifah Uthaman ra. Pada mereka ianya mesti disegerakan tanpa kompromi. 

Saidina Ali berpendapat sememangnya urusan qisas dan hukuman kepada pembunuh Saidina Uthman ra sewajarnya dijalankan, tetapi selepas urusan tertentu diselesaikan dan keadaan aman tenteram dapat diwujudkan. 

Titik pertemuan mereka sama, pembunuh khalifah hendaklah diqisas, tapi masa dan teknikal pelaksanaan mereka bertelagah. 

Ketegangan pendapat ini lah akhirnya membawa kepada berkumpulnya bala tentera kedua-dua pihak bagi menegakkan keadilan dan pendapat masing-masing. 

Alhamdulillah, setelah betemu mata dengan mata kumpulan Saidatina Aisyah ra dapat menerima penejelasan daripada Khalifah Ali KAW dan peperangan dapat dielakkan. 

Namun ianya disedari oleh puak munafik. Mereka sememangnya berhajat untuk melihat pertumpahan darah antara dua kumpulan ini. Antara watak utama yang mengisi ruang kemunafikkan ini ialah Abdullah bin Saba', seorang yang asalnya Yahudi daripada Yaman. Sebelumnya dia lah yang meracuni pemikiran penduduk Mesir agar memerangi Saidina Uthman ra semasa pemerintahannya, namun akhirnya rombongan perang dari Mesir itu digagalkan oleh Saidina Ali KWA dengan penjelasan dan dialog di sempadan. 

Puak munafik ini telah berkumpul dan akhirnya mereka sepakat untuk membangkitkan fitnah dengan menyerang khemah tentera kedua-dua pihak yang telah berdamai pada waktu malam.

Mereka menyerang perkhemahan Saidatina Aisyah ra, lantaran terkejut pihak mereka menyangka bahawa serangan tersebut datanganya daripada pihak Saidina Ali KAW yang memungkiri perjanjian. Maka gemparlah bahawa mereka telah dikhianati oleh tentera dari Khufah.

Hal yang sama berlaku di perkehmahan tentera Saidina Ali KAW. Kecoh lah juga bahawa mereka telah diserang oleh kumpulan Basrah.

Kekalutan malam dan fitnah daripada puak munafik inilah akhirnya mencetuskan perang yang terkenal dengan Perang Jamal. 

Hanya kerana sebuah perseilishan faham yang telah diredakan dan ditemui kata sepakat, namun dihidupakan kembali fitnah oleh puak-puak munafik. Tumpah juga akhirnya darah umat Islam di tangan saudara seagama.

Mungkin ada sesuainya kita renungi kisah-kisah fitnah di zaman pemerintahan Saidian Uthman ra dan Saidina Ali KAW guna untuk renungan era kalut ribut UG ini. Juga kisah perselisahan antara Saidina Ali KAW dan Saidian Muawiyah ra yang memakan korban kaum muslimin sehingga membawa kepada peristiwa Tahkim.

Saya tidak berhajat untuk menulis panjang, bacalah sirah untuk mencari panduan. Mungkin di sana ada pengajaran yang boleh kita renungkan. 

Teruskan pembacaan ...

Tuesday, June 16, 2009

Bila semua orang mahu bercakap

Oleh : abuFateh

1. Bila semua orang mahu bercakap, perkara yang mudah jadi keliru. 

2. Bila yang bercakap itu bukan orang yang berautoriti, yang hidup jadi mati yang jernih jadi keruh, yang keruh pun boleh bertukar jernih. 

3. Kesnya sama dengan dengan isu kemalangan di Mesir. Ramai sangat yang menjaja berita, macam mana kemalangan berlaku, apa kabar sahabat yang di ICU, 'oh doktor kata itu dan ini!'. 

4. Menjalarlah cerita dengan tafsiran sendiri, merebaklah berita dengan penambahan itu dan ini. Mungkin dalam tak sedar ingin disebut aku lah orang pertama yang tahu segala-galanya. Ataupun aku lah sumber informasi. 

5. Kata seorang rakan, semua orang nak bercakap apa yang dia tahu. 

6. Halnya sama dengan Kerajaan Perpaduan. Lagi dibicarakan lagi parah keadaan. Sedang pimpinan minta mulut ditutup buat sementara. 

7. Ramai yang rasa ada ilmu, tahu dan layak. Tapi bila berhujah dan memberi pandangan ; 'asalnya nampak je bodoh, bila bercakap memang betul bodoh rupanya budak ni'. Sekadar meminjam lawak tipikal Ustaz Ismai Kamus. 

8. Pecah kesatuan ahli, musuh bertepuk tangan. Bergaduh sana bergaduh sini, tuduh sana tuduh sini, seronok bila menang hujjah tapi amal menuju mati sifar menghitung hari. Itu kerja kita tiap-tiap hari. 

10.Tok Guru Hj Hadi vs Tok Guru Nik Aziz. Media seronok melaga-laga, kita menyambut gembira bawah sedar. Kita tambah kritikan, sama ada pro TGNA atau condong TGHA. Lupa adab berjemaah, tak ingat adab-adab khilaf.

11.
Entahlah, atas dasar kebebasan bersuara SIS yang ditentang ada pula yang sokong. Dewan Ulama yang dipertahan ada pula yang nak ianya dimansuhkan. Ulama' yang ada diperlekeh-lekehkan. Mudah untuk menarik bicara tapi orang tua sudah lama pesan, telajak kata buruk padahnya, kereta motor boleh lagi nak diundur.  

12.  
Bercakap lah sesuatu yang pasti, senyaplah dalam perkara yang samar. Sekalipun ada kebenaran di pihak kita, terkadang senyap itu lagi afdal dan diberi pahala oleh Allah. 

13. 'Cukup seseorang itu dikira menipu bila bercakap segala apa yang didengarinya' – mafhum hadis nabi saw.


Teruskan pembacaan ...